Sekarang nie banyak sangat member2 aku yang pakai macam2 Antivirus kat computer die org nie.. Yela nak security konon.. Pirah.. Last2 mintak format jugak. Mintak aku tolong jugak.. Di sebabkan aku dah open blog nie. So aku akan tolong bagitau la tips2 dan hint2 sekali berkaitan antivirus. Sebab korang nie x paham2 la tentang konsep antivirus.
Tips:-
1) Setiap pc @ laptop hendak lah ada 1 software antivirus sahaja. Kalo ada lebih konflik akan berlaku dalam system.
(Katakan la A kesan B virus & B kesan A virus. Jadi secara logiknya bila sesuatu antivirus kesan virus die akan wat ape? Conform delete file antivirus @ file tu di kuarantin kan.. Disebabkan A kesan B kuarantin @ ganggu system A. A akan anggap B virus dan sebaliknya.. Paham x sekarang konsepnya. Jadi kepada mamat2 ngan aweks2 yang genius sangat install 2 antivirus. Bek ko buang sebelum antivirus ko jadi mereng @ jangan wat macam 2.
2) Pakai antivirus yang mempunyai reputasi yang tinggi tok keselamatan. Nie penting sebab orang xtau antivirus mana yang betul2 bagus.
(Senang kata la kan, aku yakin yang semua antivirus korang yang korang pakai nie. Semua dah di crack betul x? Yela kalo x macam mana korang nak pakai lama2 kan. Kadang2 file antivirus tu elok dan berfungsi. Tapi apabila kita dah crack. Antivirus itu akan jadi virus.. kite bagi contoh la kan.. antivirus panda. Korang nak pakai pastu biasa kalo beli cd mesti ada crack punya. Crack tu pulak kena unzip file pastu keluar mcm2 kod2 dan akhirnya ko dah crack. Kadang2 file crack 2 ada virus dan die install @ tukar data antivirus tu supaya x kesan file virus. Korang paham x nie, lagi aku explain lagi ko pening kang.)
3) Kalo antivirus ko bole update data kat internet ko selalu la update
(Sebab virus ari2 upgrade jugak so korang xd la kena kantoi ngan virus yang lebih genius dari antivirus korang kan?)
4) Jangan selalu install & uninstall antivirus sesuka ati ko
(Biasanya bila kita install, software akan di register under system regedit. Setiap software ada keyreg die sendiri. So kalo banyak sangat install & uninstall antivirus nanti file akan tinggakan keyreg yang akan ganggu penginstallan software yang baru pada masa akan datang.)
Jadi aku ada sediakan list antivirus yang korang bole pakai tanpa was-was.
1) Norton Antivirus
2) BitDefender
3) Trend Micro
4) Nod 32
5) Kaspersky
6) Mc Afee
Aku dah rating kan supaya korang paham mana yang aku prefer.. Yang xtermasuk senarai korang boleh ketepikan. Mesti ramai yang pelik nape AVG kesayangan korang x masuk. Ok, AVG 7.1 adalah antivirus “free” yang terbaik 2006-2007. Tapi AVG 8.0, antivirus berbayar yang teruk. Korang kena paham tu. Zaman kegemilangan AVG dah berakhir, tapi xtaula 2009 nie punya mcm mana.
Sape yang pakai AVG 8.0 sekarang nie pun hadapi masalah mcm gangguan system dan amaran ntah ape2 ntah yang keluar. Jadi aku buang dari senarai aku. Yang pakai Panda, Avira, AVG dan ntah ape2 lagi ntah. Tolong la buang dan ganti sebab antivirus macam nie tok pc yang ko nak buang dalam longkang je, antivirus nie xberkesan. Lainla kalo ko beli yang original punya..
2 comments:
kenapa laptop saya sekejap ada gambar sekejap bertukar menjadi hitam bersilih ganti dari awal laptop ini di on kan...adakah laptop ini rosak atau ada virus....tolong lah bagijawapan......????
kenapa laptop saya sekejap ada gambar sekejap lagi hitam dari awal ni laptop di buka lagi....adakah ni laptop ada virus atau rosak???????mcm mana mau kasi ok????
Post a Comment